BAHAN-BAHAN:
800gm ayam hitam
150gm akar ginseng
50gm kurma merah
5 hiris halia muda
2 liter air
garam secukupnya
CARA MEMBUATNYA:
1. Basuh ayam dan potong kepada enam bahagian.
2. Basuh pula kurma merah dan buangkan kulitnya.
3. Letakkan kesemua bahan-bahan di dalam periuk yang telah diisi dengan 2 liter air.
4. Renehkan di dalam api yang besar sehingga bahan-bahan tersebut masak.Kemudian,perlahankan api dan masak lagi selama 2 jam.
5. Akhir sekali,tambahkan sedikit garam sebelum dihidangkan.
Monday, February 4, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment